ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T ... ....SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU UMAR ABDUL AZIZ...

Wednesday, 21 August 2013

Program Marhaban


Program Marhaban sempena Syawal dari rumah ke rumah bagi kariah Surau Umar Abdul Aziz (SUAA) telah dimulakan pada 17hb Ogos 2013. Program Marhaban ini adalah kali kedua diadakan setelah SUAA telah digunakan semenjak dua tahun lepas. Sambutan daripada kariah amat baik sekali. Semoga program marhaban ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kariah SUAA.

Program yang dirancang akan dimulakan dari Kawasan Perumahan Jalan Enggang diikuti Jalan Kasawari, Jalan Camar dan diakhiri di Kawasan Perumahan Palm Villa Gate C.

Marhaban tahun ini dimulakan dari rumah Tn Hj Norazman Yusof dan Tn Hj Mesran Ali pada 17hb Ogos 2013.