SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU UMAR ABDUL AZIZ BANDAR PUTRA, JALAN ENGGANG, KULAIJAYA, JOHOR.
Lokasi Surau Umar Abdul Aziz (SUAA) terletak diantara Jalan Enggang 4 dan Jalan Enggang 5, Bandar Putra, Kulaijaya. Secara umumnya surau ini merupkankemudahan tempat beribadat bagi kariah Perumahan kawasan Jalan Enggang, Jalan Kasawari, Jalan Camar dan Perumahan Palm Villa Gate B & C.
Fungsi surau/masjid adalah seperti berikut:
- (a) tempat orang-orang Islam beribadah terutamanya mendirikan sembahyang .
- (b) tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan pendidikan-pendidikan yang memberi faedah kepada ahli kariah yang beragama Islam;
(c) tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan Agama Islam;
(d) tempat mengadakan syarahan atau ceramah agama oleh pensyarah atau penceramah yang dibenarkan oleh Majlis, Jabatan atau Pegawai Agama Islam daerah, mengikut mana yang berkenaan;
(e) pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan arahan daripada Majlis, Jabatan atau Pejabat Agama Islam Daerah;
(f) tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan; dan
(g) apa-apa jua fungsi lain yang berkaitan dengan kegiatan agama Islam sebagaimana diluluskan oleh Majlis dari semasa ke semasa.
