ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T ... ....SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU UMAR ABDUL AZIZ...

Sunday, 27 October 2013

Kuliah Al-Quran... Tajuk : Kelebihan Mempelajari Al Quran.



Assalamualaikum wbt

Adalah dimaklumkan Surau Ummar Abdul Aziz (SUAA) akan mengadakan kuliah maghrib sebagaimana berikut :


Kuliah Al-Quran


Tajuk   : Kelebihan Mempelajari Al Quran.
Tarikh : 23 Zulhijjah 1434 H (28hb Oktober 2013)
Hari      : Isnin
Masa     : Selepas Solat Maghrib.
Penceramah : Ustaz Hafiz Mansor, Jabatan Mufti Johor

Muslimin Musimat Kariah SUAA dijemput hadir mengambil manfaat.

Mari kita bersama-sama mewar-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.



Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran danmengajarkannya kepada orang lain".

Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi



Sunday, 20 October 2013

Kuliah Fekah


Assalamualaikum wbt

Adalah dimaklumkan Surau Ummar Abdul Aziz (SUAA) akan mengadakan kuliah maghrib sebagaimana berikut :


Kuliah Fekah : Ustaz Fauzi OthmanTarikh : 22 Okt 2013

Masa : 7.00mlm - selasa

Muslimin Musimat Kariah SUAA dijemput hadir mengambil manfaat.
Mari kita bersama-sama mewar-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.

Mencari Ilmu Hendaklah Ikhlas Kerana Allah Taala

Daripada Ka'ab Bin Malik r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa mencari ilmu itu untuk menandingi para ulama atau mengalahkan orang-orang yang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya, maka orang itu akan dimasukkan Allah swt ke dalam api neraka".

(Hadis Riwayat At Tirmizi)

PROGRAM IBADAH QURBAN 1434 HIRAH.

Alhamdullilah Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1434H, Surau Umar Abdul Aziz (SUAA) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Ibadah Qurban. Sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah selamat dikorbankan pada 15.10.2013 (10 Zulhijjah 1434 Hijrah) iaitu hari kedua Hari Pertama Aidiladha. Kerja-kerja penyembelihan dan pemerosesan lembu korban dilaksanakan secara gotong royong dikalangan kariah Surau. Kerja-kerja tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari. Agihan daging korban bermula jam 2.00 petang iaitu setelah selesai solat zohor.


Setinggi-tinggi Tahniah kepada Khasnya kepada Pengerusi Surau, Tn Hj Mohd Hafidzudin Abdullah dan Pangarah Program Ibadah Qurban SUAA, Saudara Mohd Zin Sairi bersama AJK dan semua kariah yang telah memainkan peranan dengan amat berkesan dalam merancang seterusnya menjayakan ibadah Qurban pada tahun ini.


Semoga segala sumbangan dan kerahan tenaga yang dilakukan secara ikhlas diberkati dan dirahmati Allwah SWT.


"Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan."

Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib.







Gambarfoto semasa program ibadah Quban sedang dilaksanakan.
































Wednesday, 21 August 2013

Program Marhaban


Program Marhaban sempena Syawal dari rumah ke rumah bagi kariah Surau Umar Abdul Aziz (SUAA) telah dimulakan pada 17hb Ogos 2013. Program Marhaban ini adalah kali kedua diadakan setelah SUAA telah digunakan semenjak dua tahun lepas. Sambutan daripada kariah amat baik sekali. Semoga program marhaban ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kariah SUAA.

Program yang dirancang akan dimulakan dari Kawasan Perumahan Jalan Enggang diikuti Jalan Kasawari, Jalan Camar dan diakhiri di Kawasan Perumahan Palm Villa Gate C.

Marhaban tahun ini dimulakan dari rumah Tn Hj Norazman Yusof dan Tn Hj Mesran Ali pada 17hb Ogos 2013.

Tuesday, 9 July 2013


DIJEMPUT SEMUA KARIAH SURAU UMAR ABDUL AZIZ DATANG BERAMAI-RAMAI MENGHADIRI PROGRAM  I'TIKAF / QIAMULLAIL / KULIAH SUBUH  MENJELANG RAMADAN DI SURAU UMAR ABDUL AZIZ, JALAN ENGGANG, BANDAR PUTRA KULAIJAYA PADA SABTU 29HB JUN 2013.




Mari kita bersama-sama mewar-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.
  

Monday, 8 July 2013



Pengesahan Imam Gaza Palestin - Solat Tarawikh di Surau Umar Abdul Aziz Bandar Putra, Kulaijaya.


Alhamdulillah, Insyallah Imam Gaza akan bersama kariah Surau kita bersolat Tarawikh pada 13/07/2013  (Sabtu mlm Ahad). Ini merupakan satu rezeki dan nikmat Allah menghantar para insan dari bumi Gaza yang bergolak sekian lama untuk menyelamatkan akidah dan umat Islam serta bumi yang diturunkan para Nabi, Rasul dan Ambiya yang tersohor. 
Sama-sama kita war-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.
Wassalam.

Sunday, 30 June 2013


SELAMAT DATANG KE BLOG SURAU UMAR ABDUL AZIZ BANDAR PUTRA, JALAN ENGGANG, KULAIJAYA, JOHOR.


Lokasi Surau Umar Abdul Aziz (SUAA) terletak diantara Jalan Enggang 4 dan Jalan Enggang 5, Bandar Putra, Kulaijaya. Secara umumnya surau ini merupkankemudahan tempat beribadat bagi kariah Perumahan kawasan Jalan Enggang, Jalan Kasawari, Jalan Camar dan Perumahan Palm Villa Gate B & C.


 Fungsi surau/masjid adalah seperti berikut:

    (a) tempat orang-orang Islam beribadah terutamanya mendirikan sembahyang .
    (b) tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan pendidikan-pendidikan yang memberi faedah kepada ahli kariah yang beragama Islam;

    (c) tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan Agama Islam;

    (d) tempat mengadakan syarahan atau ceramah agama oleh pensyarah atau penceramah yang dibenarkan oleh Majlis, Jabatan atau Pegawai Agama Islam daerah, mengikut mana yang berkenaan;

    (e) pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan arahan daripada Majlis, Jabatan atau Pejabat Agama Islam Daerah;

    (f) tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan; dan

    (g) apa-apa jua fungsi lain yang berkaitan dengan kegiatan agama Islam sebagaimana diluluskan oleh Majlis dari semasa ke semasa.