Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti pengimarahan yang sedang dan akan dilaksanakan di Surau Umar Abdul Aziz, Bandar Putra Kulaijaya. Pandangan dan idea-idea yang baik adalah dialu-alukan untuk memberi maklumbalas bagi sama-sama kita memakmurkan dan merancakkan lagi aktiviti pengimarahan Surau ini.
Saturday, 5 July 2014
Sunday, 27 October 2013
Kuliah Al-Quran... Tajuk : Kelebihan Mempelajari Al Quran.
Assalamualaikum wbt
Adalah dimaklumkan Surau Ummar Abdul Aziz (SUAA) akan mengadakan kuliah maghrib sebagaimana berikut :
Kuliah Al-Quran
Tajuk : Kelebihan Mempelajari Al Quran.
Tarikh : 23 Zulhijjah 1434 H (28hb Oktober 2013)
Hari : Isnin
Masa : Selepas Solat Maghrib.
Penceramah : Ustaz Hafiz Mansor, Jabatan Mufti Johor
Muslimin Musimat Kariah SUAA dijemput hadir mengambil manfaat.
Mari kita bersama-sama mewar-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran danmengajarkannya kepada orang lain".
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Sunday, 20 October 2013
Kuliah Fekah
Assalamualaikum wbt
Adalah dimaklumkan Surau Ummar Abdul Aziz (SUAA) akan mengadakan kuliah maghrib sebagaimana berikut :
Kuliah Fekah : Ustaz Fauzi OthmanTarikh : 22 Okt 2013
Masa : 7.00mlm - selasa
Masa : 7.00mlm - selasa
Muslimin Musimat Kariah SUAA dijemput hadir mengambil manfaat.
Mari kita bersama-sama mewar-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.
Mencari Ilmu Hendaklah Ikhlas Kerana Allah Taala
Daripada Ka'ab Bin Malik r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa mencari ilmu itu untuk menandingi para ulama atau mengalahkan orang-orang yang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya, maka orang itu akan dimasukkan Allah swt ke dalam api neraka".
(Hadis Riwayat At Tirmizi)

PROGRAM IBADAH QURBAN 1434 HIRAH.
Alhamdullilah Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1434H, Surau Umar Abdul Aziz (SUAA) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Ibadah Qurban. Sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah selamat dikorbankan pada 15.10.2013 (10 Zulhijjah 1434 Hijrah) iaitu hari kedua Hari Pertama Aidiladha. Kerja-kerja penyembelihan dan pemerosesan lembu korban dilaksanakan secara gotong royong dikalangan kariah Surau. Kerja-kerja tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari. Agihan daging korban bermula jam 2.00 petang iaitu setelah selesai solat zohor.
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Khasnya kepada Pengerusi Surau, Tn Hj Mohd Hafidzudin Abdullah dan Pangarah Program Ibadah Qurban SUAA, Saudara Mohd Zin Sairi bersama AJK dan semua kariah yang telah memainkan peranan dengan amat berkesan dalam merancang seterusnya menjayakan ibadah Qurban pada tahun ini.
Semoga segala sumbangan dan kerahan tenaga yang dilakukan secara ikhlas diberkati dan dirahmati Allwah SWT.
"Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan."
Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib.
Wednesday, 21 August 2013
Program Marhaban
Program Marhaban sempena Syawal dari rumah ke rumah bagi kariah Surau Umar Abdul Aziz (SUAA) telah dimulakan pada 17hb Ogos 2013. Program Marhaban ini adalah kali kedua diadakan setelah SUAA telah digunakan semenjak dua tahun lepas. Sambutan daripada kariah amat baik sekali. Semoga program marhaban ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kariah SUAA.
Program yang dirancang akan dimulakan dari Kawasan Perumahan Jalan Enggang diikuti Jalan Kasawari, Jalan Camar dan diakhiri di Kawasan Perumahan Palm Villa Gate C.
Marhaban tahun ini dimulakan dari rumah Tn Hj Norazman Yusof dan Tn Hj Mesran Ali pada 17hb Ogos 2013.
Tuesday, 9 July 2013
DIJEMPUT SEMUA KARIAH SURAU UMAR ABDUL AZIZ DATANG BERAMAI-RAMAI MENGHADIRI PROGRAM I'TIKAF / QIAMULLAIL / KULIAH SUBUH MENJELANG RAMADAN DI SURAU UMAR ABDUL AZIZ, JALAN ENGGANG, BANDAR PUTRA KULAIJAYA PADA SABTU 29HB JUN 2013.
Mari kita bersama-sama mewar-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.
Mari kita bersama-sama mewar-warkan agar kariah serta keluarga datang beramai-ramai mengimarahkan program ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)